5.2.2010 - Jumaat

Assalamualaikum Arissa,

Hari ini genaplah 6 bulan umur anak ibu. Alhamdulillah. memandangkan ayah terpaksa bekerja pada hari esok dan lusa, kami telah sepakat untuk membawa anak ibu ke klinik untuk mendapatkan suntikan Hepatitis B (Vaksin untuk bayi yang berumur 6 bulan).

Inilah aktiviti Arissa sebaik sahaja pulang ke rumah:



Yeay!! Anak ibu dah mula merangkak!!

Esok nya:



Anak ibu dah pandai merangkak. Syabas!!

TIPS - Keibubapaan - Bahagian 3

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.

12. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.

TIPS - Keibubapaan - Bahagian 2

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

TIPS - Keibubapaan - Bahagian 1

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri… (dalam islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan). 

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

TIPS - Keibubapaan - Bahagian 4

16. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..

17. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian..

Khatan

24.1.2010
Jengka 11, Pahang

Anak Ibu,

Berkhatan termasuk sunnah Rasullah S.A.W. Sabda Nabi Muhammad mengenainya yang bermaksud:

"Berkhatan itu sunat bagi kaum lelaki dan suatu penghormatan kepada kaum wanita."

(Hadis Riwayat At-Tabrani)


Alhamdulillah, anak ibu dah selamat di khatankan pada hari ini. Semoga anak ibu membesar menjadi seorang anak yang solehah dan berguna. Amin. 


 

Aqiqah dan Bercukur

13.12.2009
Kg. Talang, Kuala Pilah


Assalamualaikum Anak Ibu,

Hukum Aqiqah ialah sunat yang sangat dituntut (muakkad).  Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

"Setiap anak tergadai aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke-7, di cukur rambutnya dan di beri nama."
(Hadis Riwayat Ahmad)

 
Kambing Aqiqah

 Anak ibu : sebelum 


Anak ibu dan Ayah : Ketika itu


Anak ibu : Selepas 



Beli Itu Ini


1.2.2010
Jusco, Seremban 2

Assalamualaikum Anak Ibu,

Sebelum kita balik ke rumah, ibu dan ayah mengambil keputusan untuk singgah  ke Jusco. Ibu nak betulkan jam ibu (masih dalam jaminan...fuh!!) yang rosak... (hmmm..baru 2 kali pakai dah tak bergerak jarumnya.)

Ibu        :  Apa masalah jam saya ni?
Budak   : Bateri habis
Ibu        : Lor..

Sambil menunggu jam ibu siap (tukar bateri pun kena tunggu 30 minit) kami pun berjalan-jalan cuci mata.

Anak ibu dan ayah
 
Sambil jalan-jalan tu sempat juga kami membelikan beberapa barang untuk anak ibu. Tapi yang paling seronok, ibu jumpa ini:

 
Memandang kan anak ibu akan berumur 6 bulan 5 hari lagi (Alhamdulillah), dan anak ibu suka sangat masukkan benda-benda asing dalam mulut, maka ibu belikan dua perisa: biasa dan lobak merah. yummy-yummy.

P/S: Ibu tension nih. Jam ni dah rosak semula. Memang nak kena lah budak tu...

Cuti

30.1.2010 - 1.2.2010
Kg. Talang, Kuala Pilah


Hi anak ibu,

Cuti panjang kali ini kami bawa anak ibu ke rumah Wan Alang dan Tok Lang . Ibu tengok anak ibu yang semakin hari semakin cergas ni seronok yang amat. Maklumlah, rumah Wan Alang dan Tok Lang luas. Anak ibu pun apa lagi, tak henti-henti tunjuk skil dan berlatih. Tak sangka anak ibu dah boleh duduk sendiri tanpa sokongan, yeay!!. Makngah, Mak Long Ana, Cik Jun dan Cik Linda pun pulang ke kampung kerana rindukan anak ibu.
 
Anak ibu dah keletihan...zzzzzzzz



Hmm...kenapa ye??

Anak ibu,

Dari lahir lagi anak ibu ni dah mula minum susu formula. Bukan ibu tidak mahu menyusukan anak ibu yang sihat ni secara ekslusif, tapi susu ibu keluar dengan kuantiti yang sedikit jer setiap kali menyusukan. Kesian anak ibu, menangis kelaparan.

Dah berbagai-bagai cara ibu cuba. Tradisional, moden, makan itu, makan ini, guna itu, guna ini. Tapi ibu hampa dengan keputusannya. :( . (Boleh STRESS kalau ibu fikir-fikirkan sangat!!!).


Mujurlah ibu dan ayah telah membuat persediaan, sebelum kelahiran anak ibu lagi kami telah membeli ini:

 

tapi bila anak ibu minum mesti muntah. 2oz masuk 2oz lah yang keluar semula. Kami risau tau!!! :(

Bila balik ke ke Kuala Pilah,  Tok Lang nasihatkan kami beli ini pula:

Syukur Alhamdullillah, anak ibu dapat terima.


P/S: Ibu dulu pun minum susu ini juga :)

Assalamualaikum Sufia Arissa

06.08.09
12.06 pm
4.10 kg
Dewan Bedah, Hospital Serdang


Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang baru melahirkan anaknya lalu diazankan di telinga kanan dan diiqamat di telinga kirinya nescaya anak tersebut akan terhindar daripada penyakit sawan dan angkara syaitan”.
(Hadis Riwayat Abu Ya’la )

Alhamdulillah, akhirnya penantian ibu selama 38 minggu telah berakhir. Anak ibu telah selamat dilahirkan ke dunia ini melalui kaedah 'Cesarean'. Anak ibu nak tahu kenapa? Menurut kata doktor, anak ibu berada di dalam kedudukan yang dikenali sebagai 'Face Presentation'. Demi untuk menyelamatkan nyawa ibu dan anak ibu yang comel ni, ibu dan ayah bersetuju dengan saranan doktor.

Kami juga telah bersetuju untuk menamakan anak ibu ini dengan nama 'Sufia Arissa'.

Sufia bermakna pengikut kitab suci, berjiwa suci, manakala Arissa pula bermakna yang cemerlang, berguna.

Tentu anak ibu yang bijak ini dapat meneka apa harapan masa depan kami kan?.

Inilah rupa anak ibu pada hari-ke 2

P/S: Maaf yer. Ibu x ada gambar pada hari pertama kerana anak ibu di masukkan ke Neonatal Intensive Care Unit (NICU) untuk pemantauan. Alhamdulillah, anak ibu sihat dan kita dibenarkan keluar dari hospital pada hari ke-2 itu...hoorayyy!!!




 

Blog Template by YummyLolly.com