TIPS - Keibubapaan - Bahagian 4

16. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..

17. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian..



18. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

19. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

20. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

21. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..

22. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com